Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib
merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak
umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak
melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul,
seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau
duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan
bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di
Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam
yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak
sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air
keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di
Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi
junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang
yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi
wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama,
niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar
kerana
Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah
disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan
yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid
kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi
wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika
seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya
akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan
kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.
Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2,
iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais,
menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh
serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh
disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3,
iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit,
rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika
rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke
dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung
pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di
dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku
ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah
kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula
boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain
inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan
dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak
mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.
Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya.
Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut
rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut
menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada
yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh
JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi
tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi
wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib
mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6
sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun
tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya
melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2
dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan
tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia
dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah
wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur
adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri
dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung
dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat,
berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir
dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda,
gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa
bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya
Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula
akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak
menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang
teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih
bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal,
perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan
salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat,
sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
- 1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
- 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
- 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
- 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
- 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
- 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
- 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
- 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
- 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
- 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
- 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
- 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
- Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.
- “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan