JANGAN TAKUT UNTUK BERKATA BENAR

JANGAN TAKUT UNTUK BERKATA BENAR

Halaman

Isnin, 3 Jun 2013

PERISTIWA KEJATUHAN KHALIFAH UTHMANIYAH TERAKHIR

     Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama penuhnya adalah Abdul Hameed Khan Kedua Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putra dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika ia berusia 7 tahun. Abdul Hameed bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Parsi dan dia belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah.  Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa.  Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniyyah. 

Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana ia tidak sesuai untuk berada di pejabat.  Pada 31 Ogos 1876 (1293 H) Sultan Abdul Hameed diangkat menjadi Khalifah, dan penduduk2 memberi jaminan akan setia kepadanya. Dia ketika itu berusia 34. Abdul Hameed menyedari, seperti tercatit dalam dairinya (buku hariannya), bahawa pada masa pembunuhan bapa saudaranya, dan perubahan yang menjalar dalam kepimpinan adalah semacam konspirasi terhadap negara Islam.  Akhirnya, selepas Abdul Hameed hilang kuasa datanglah beberapa pemimpin Islam yang lemah. 

Mereka tidak boleh mempertahankan negara dan mereka kehilangan kekuatan dengan mudah. Semasa Sultan Abdul Hameed berkuasa beliau menjangkakan, Perang Dunia I akan berlaku melibatkan kuasa barat dengan negara Uthmaniyah untuk dibahagi-bahagikan kepada negara yang lebih kecil.  Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, yang kemudiannya mereka dikhianati dan meletakkan mereka di bawah jajahannya, dan memberikan Islam Palestin kepada orang Yahudi.  Turki Muda Kebangsaan mengambil kekuasaan dan Mustafa Kemal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada tahun 1924. Itu adalah berakhirnya sebuah kepemimpinan bersatu bagi Muslim untuk 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.

Abdul Hameed memiliki karakter sejarawan yang mendalam. Dia dipertanggung-jawabkan untuk memimpin sebuah negara besar yang berada dalam situasi tegang dan kritikal. Dia menghabiskan lebih dari 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, perang, revolusi, peristiwa dan perubahan yang berterusan (constant). Abdul Hameed sendiri menyatakan perasaan ini dalam tulisan-tulisannya dan puisi. Berikut ini adalah contoh dari puisi tulisan tangan, yang diambil dari buku "Bapa-Ku Abdul Hameed," ditulis oleh putrinya Aisha. Terjemahan puisi, Allah aku tahu Kau adalah Satu yang terhormat dan tidak ada seorang pun kecuali Kau hanyalah Satu Kau hanyalah Satu, dan tiada yang lain Allah mengambil tangan dalam masa saya sukar Allah menjadi penolong ketika saya kritikal.  Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi ialah Midhat Pasha.

Midhat Pasha secara rahsia terlibat dalam pembunuhan bapa saudara Abdul Hameed. Ketika Abdul Hameed mendapat kuasa, dia melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana pada ketika itu Midhat sangat popular dan Abdul Hameed memerlukannya sebagai keyakinan untuk tetap berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik, tetapi ia berpendirian. Midhat Pasha disokong kuat dalam dewan Shura (parlimen). Dengan sokongan orang-orang Shura dia berjaya mendapat kelulusan resolusi untuk berperang melawan Rusia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang keputusan yang kuat itu. 
Jika ia cuba menghalang kemungkinan ia akan dibuang dari pejabatnya itu. Dewan Shura masih ingin menyalahkan dia ke atas semua kerugian yang berlaku hasil dari kesilapan perang tersebut. Sebenarnya Abdul Hameed tidak mahu peperangan pada masa itu. Negara Islam terlalu letih dengan penglibatan peperangan yang banyak. Abdul Hameed mampu menggunakan kuasanya terhadap Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat. Dia akhirnya berjaya menyelesaikan populariti Midhat dengan mengambil tindakan membuang daerah. Midhat telah diasingkan dan dihantar ke Eropah. Rakyat jelata dan ahli politik menyambut baik tindakan tersebut dengan penuh rasa gembira.

Setelah itu, Abdul Hameed mula memberi tumpuan kepada musuh2 Negara Islam Uthmaniyyah. Dia dapat meramalkan kebangkitan Revolusi Komunis di Rusia, dengan kebangkitan ini akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya. Pada ketika itu, bahagian negara Balkans menghadapi dua bahaya, iaitu Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba membangkitkan Balkans bagi menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal menimpa. Dia hampir mendapat kesepakatan dengan negara2 Balkans, tetapi ketika perjanjian tersebut berada di tahap akhir, 4 negara Balkans memilih perjanjian berasingan untuk tidak termasuk di bawah negara Uthmaniyah.

Perubahan tersebut adalah datangnya dari pengaruh Barat dan pengaruh Rusia yang lebih kuat. Keluasan empire Uthmaniyah Abdul Hameed menyedari bahawa konspirasi untuk menghancurkan negara Uthmaniyah adalah lebih besar dari apa yang terfikir. Itu dari kedua-dua belah pihak baik dari dalaman mahupun dari pihak luar. Dia fikirkan dengan menyingkirkan Midhat Pasha buat selama-lamanya boleh membuatkan dia senang hati, tapi sebaliknya dia berhadapan dengan Awni Pasha, ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan salah seorang pemimpin tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha telah mengambil wang dan hadiah dari Inggeris, ganjaran bagi peranannya dalam pembunuhan Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah terbongkar.

Awni Pasha mendorong memaksa negara Uthmaniyyah untuk berperang dikenali perang Bosnia di mana ia bertentangan dengan kehendak Abdul Hameed. Abdul Hameed tahu bahawa jika berlaku peperangan Bosnia, negara2 Rusia, Inggeris, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Itali dan Perancis akan semua menyerang negara Uthmaniyyah dan pasti mereka menawan kembali Bosnia. Awni memberi maklumat salah kepada Abdul Hameed tentang saiz tentera Uthmaniyyah di Bosnia. Dia mengaku memiliki 200,000 askar yang bersiap sedia. Namun, selepas Abdul Hameed periksa dengan jeneral tenteranya yang lain dan mendapati ia hanya punya 30.000 askar, untuk berdepan dengan lebih dari 300,000 tentera.

Pada waktu itu orang ramai mencintai Awni dan Abdul Hameed tidak dapat menghapuskan dia dari pejabat kerana akan membahayakan kestabilan dalam negara. Negara barat, menyedari bahawa mereka boleh menang menyerang Uthmaniyah dengan bantuan sokongan daripada 4 negara Bulkan (Romania, Montenegro, Serbia, Austria-Hungary). Akibatnya, Bosnia dan Greece telah terlepas dan terpisah dari negara Uthmaniyah. Abdul Hameed telah membongkar kesalahan Awni dan kemudian menyingkirkannya. Masyarakat menerima langkah ini. Mahkamah mendapati ia bersalah atas tuduhan konspirasi terhadap negara Uthmaniyah dan membantu kuasa asing, seperti Inggeris.

Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah (Barat merujuk dia sebagai orang sakit) di Eropah yang paling ketara (terkemuka) disebabkan ramainya orang ingin menjadi pembelot, tetapi tidak termasuk orang-orang Yahudi.  Pada tahun 1901 banker Yahudi Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Abdul Hameed, mereka menawarkan untuk memberinya:

1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniyyah.
2) Membangun Tentera Laut negara Uthmaniyyah.
3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniyyah.

Sebagai ganjaran untuk;

1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan "untuk melawat tempat-tempat suci."
2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Abdul Hameed menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Ia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya "Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya.

Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.  Dengan permainan (percaturan strategi) orang-orang Yahudi dan Zionis dalam menentukan tamatnya negara Uthmaniyah kini sudah bermula. Wang2 Yahudi adalah aset penting bagi membiayai penghancuran negara Uthmaniyah untuk membina negara Zionis di Palestin, negara yang orang-orang Yahudi sangat inginkan dan mereka bersedia mengambil risiko walau apa pun terjadi.  Orang Yahudi tidak berputus asa, kemudiannya pada tahun yang sama, tahun 1901, pengasas Zionist, Theodor Hertzil melawat Istanbul dan cuba bertemu Abdul Hameed. Abdul Hameed menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri "Nasihatkan Hertzil supaya tidak lagi mengambil langkah lebih lanjut dalam projek itu. 

Aku tidak boleh memberikan segenggam tanah kerana tanah ini bukan milik saya, itu untuk semua Bangsa Islam. Orang Islam telah berjuang berjihad demi tanah ini dan mereka telah disiramkan dengan darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Kerajaan Khalifah Islam suatu hari hancur kemudian mereka akan boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih suka membenam pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dibahagi-bahagikan dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan, aku tidak akan membiarkan memotong tubuh sendiri sementara kita masih hidup. "Selepas itu, orang2 Yahudi beralih kepada British untuk mengejar impian mereka supaya menjadi kenyataan.

Inggeris dan Perancis sudah bersedia untuk memusnahkan Negara Uthmaniyah, tetapi mereka (semua rakyat Eropah) masih cukup gementar dengan perkataan "jihad" yang dilaungkan tentera Uthmaniyah (Barat gelar mereka Sick Man Of Eropah). Inggeris memutuskan untuk menggunakan dasar yang paling penting iaitu dasar luar negera, menawan dan membahagi. Hal ini disokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda. Ketika golongan Turki Muda menjadi semakin kuat di negara Uthmaniyyah, Inggeris tidak perlu melakukan apapun lagi, golongan Muda Turki akan melakukan seterusnya.

Mereka mulai menaikkan semangat kebangsaan dan perasaan syak wasangka kepada rakyat Turki dalam Negara Islam. Sebagai tindak balas kepada bangsa Arab, Armenia, Kurdish dan bangsa2 lain untuk menaikkan perasaan kebangsaan (maruah bangsa) mereka masing-masing. Sebahagian daripada rakyat sudah mulai merasa bahawa bangsa mereka tidak lagi menjadi sebahagian daripada negara Uthmaniyah. Dari situlah bermulanya kejatuhan negara Islam. Rakyat berlaianan keturunan bermusuh sesama sendiri dan menuntut kemerdekaan. Kemudian diikuti dengan Perang Dunia I, di mana orang Arab bekerjasama dengan Bristish dan Perancis untuk memberontak melawan Negara Uthmaniyyah. Tetapi kemudiannya mereka dikhianati oleh Inggeris dan Perancis dan menakluk negera mereka.

Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan negaranya. Beliau banyak membina institusi2 dan pusat perkhidmatan masyarakat seperti pasar Hamedi dan istana Alazem di Damsyik. Dia juga membina banyak masjid2, tempat2 mandi awam, pasar2 dan rumah2 sakit di Kaherah, Demscus, Sanaa, Baghdad dan seluruh bandar2 Islam. Dia juga memberi perhatian kepada pembangunan sistem pendidikan. Uthmaniyah cuba meniru sistem pendidikan Eropah, namun mereka gagal, kecuali di dalam dua bidang, iaitu bidang perubatan dan bidang ketenteraan. Tentera Uthmaniyah tidak selemah yang orang hari ini, fikirkan. Bala tentera meriam (artillary) Uthmaniyah adalah yang terkuat di dunia.

Tentera Laut Uthmaniyah sangat terancang dengan baik dan menduduki tempat ketiga armada yang terkuat di dunia selepas Inggeris dan Perancis. Banyak industri muncul seperti kilang senjata, tenunan benang dan kain serta kilang gula. Sistem jalanraya telah diperbaharui, dan pelabuhan2 diperluaskan. Banyak syarikat2 akhbar (newsprint) baru ditubuhkan. Semasa sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Great Syria telah mempunyai lebih dari 1,300 surat khabar dan majalah. Akhirnya dalam masa yang sengkat rakyat empayar Uthmaniyah nampak seperti bangun semula untuk perkukuhkan pertahanan negara, tetapi sekutu-sekutu Barat bertekad untuk menghancurkan kesatuan Islam dengan apa-apa kos. Penduduk2 minoriti bukan-Islam di negara Uthmaniyah digunakan oleh Barat untuk mencipta masalah dan menimbulkan ketidakstabilan, terutamanya warganegara beragama Kristian. Negara-negara barat selalu campur tangan dengan dasar domestik Uthmaniyah dengan alasan "melindungi minoriti Kristian."

Barat juga melancarkan kempen menaikan imej Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah2 Kristian dan gereja2. Tumpuan utama untuk meraih orang2 Islam menjauhi Islam dengan menyebarkan atau menwar-warkan budaya sosial bertentangan dengan Islam dan juga idea-idea bertentangan di dalam akhbar2 atau majalah2. Banyak syarikat2 pencetakan ditubuhkan bagi tujuan yang sama, untuk meracuni fikiran kaum muslimin dan menyebarkan idea-idea memusnah dan salah faham di antara mereka.  Barat juga membuatkan negara Uthmaniyah sibuk dengan pelbagai masalah dan dengan itu menggunakan minoriti untuk menggalakkan bangsa Armenia memberontak dan mereka membiayai kos revolusi.

Inggeris membantu Druz dan Perancis membantu Maronit di Lubnan, dan mereka berdua terlibat dalam peperangan besar yang terpaksa diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniyah. Masalah lain ialah antara Muslim dan Kristian berlangsung, dan kadang2 pada suatu masa penduduk Islam di Damsyik mahu menghapuskan penduduk Kristian. Tentera Uthmaniyah sekali lagi masuk campur di saat-saat akhir bagi mengelak pembunuhan dari berlaku. Era konflik antara agama terus-menerus berlaku antara konspirasi Barat dan pertahanan Abdul Hameed dan semua kaum2 muslimin yang setia. Juga penting untuk menyatakan bahawa hutang negara Uthmaniyah, ketika Abdul Hameed mula berkuasa, adalah 2,528 juta Uthmaniyah Leera emas. Selepas ia dijatuhkan dari kekuasaannya, hutang negara Uthmaniyah hanya 106 juta Leera. Yang bererti ia telah mengurangkan jumlah hutang kepada sekitar 1/20 daripada nilai asal.  Golongan Turki Muda, yang naik memerintah selepas Abdul Hameed, menambahkan semula hutang negara pada kadar 1300%.

Dengan kejayaan membayar balik hutang, prestasi Abdul Hameed telah digambarkan (dituduh) tidak akan dapat berbelanja untuk tujuan pembangunan. Tetapi tuduhan itu tidak benar. Abdul Hameed telah memasang jaring telegraf (telephone line) antara Yaman, Hijaz, Great Syria, Iraq dan Turki.  Lalu kemudiannya ia disambungkan ke baris jaringan telegraf di Iran dan India. Dia berjaya mendapatkan kembali kos projek dalam masa hanya dua tahun kerana penggunaan yang meluas jaringan ini oleh jemaah2 Haji (orang-orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji).  Abdul Hameed sedar bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah dengan cara bersatu-padu untuk menjadi umat Islam yang kuat.

Abdul Hameed telah menjangkakan bahawa Barat akan cuba untuk memisah-misahkan negara Islam dan kemudian berurusan secara terus dan berasingan dengan negara2 Islam yang terpisah itu. Satu-satunya cara untuk mencegah dari berlaku adalah melalui penyatuan semua umat2 Islam. Abdul Hameed memutuskan untuk menunjulkan bahawa kekhalifahan Uthmaniyah sebagai mewakili kepimpinan Dunia Islam. Abdul Hameed mampu menyentuhkan perasaan dan mempengaruhi umat Islam di India dan Pakistan dan ini menyebabkan beberapa masalah kepada Inggeris. Keputusan yang sama telah diambil untuk umat Islam di Rusia dan di republik-republik Soviet selatan lain. Abdul Hameed juga telah gunakan umat Islam untuk berikan tekanan kepada Rusia.

Pada saat ini, (apa yang tercatat di dalam buku harian Abdul Hameed) bahawa dia merasa dinding sedang jatuh ke atas dirinya, dan dia merasa dia bersendirian. Dia tidak mampu melawan musuh-musuh negara Islam secara bersendirani. Ia kemudiannya mula bersekutu dengan Jerman, tapi itu juga tidak memadai (berbaloi), kerana Jerman juga menginginkan sebahagian dari negara Uthmaniyah. Pada waktu itu Sultan Abdul Hameed telah merasa bahawa peperangan besar-besaran sudah hampir tiba. Dan jelas, dengan sisa-sisa negara Uthmaniyah yang masih setia akan dipertahankan dan diperjuangkan. Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar, sesuatu yang kuat, sesuatu yang boleh membangkitkan semangat perpaduan umat Islam di hati setiap kaum muslimin di seluruh dunia Islam.

Abdul Hameed mencari-cari caranya dan akhirnya membuat keputusan untuk menbinakan landasan keretapi Hijaz Rail (1900).  Jalan kereta api menghubung Damsyik ke Madinah, dan dari Aqaba ke Maan. Landasan ini menjadi lambang kepada penyatuan (perpaduan) Islam. Semua umat Islam yang menggunakan landasan keretapi ini untuk menunaikan Haji akan merasa bahawa Khalifah Uthmaniyah berusaha untuk membawa mereka lebih akrab, dengan adanya sistem telegraf baru yang paling canggih dan jalan keretapi untuk kemudahan mereka.  Rakyat Islam mulai merasa mereka dihormati dan dihargai dan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Uthmaniyah. Pembiayaan pembinaan landasan keretapi telah dapat kembali pulangan dalam beberapa tahun sahaja. Ia juga berperanan sangat penting untuk menghubung beberapa daerah di negara Islam. Juga digunakan sebagai pusat pengangkutan pantas bagi tujuan unit2 tentera.

Abdul Hameed juga melancarkan kempen penyebaran idea2 Islam bagi tujuan sokongan kepada penyatuan Islam di Rusia selatan, India, Pakistan, dan Afrika. Dia mulai mengundang ramai sarjana Islam dari Indonesia, Afrika dan India untuk datang ke negara Uthmaniyah untuk program membina masjid dan institusi Islam di seluruh dunia Islam.

'Sejarah Kejatuhan Kuasa Islam Dunia' Sebelum pengaruh Islam menjadi lagi luas, negara2 Barat bertindak pantas dengan menggalakkan rakyat Teluk Tunisia untuk bangun memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyah bermula sejak tahun 1877. Akhirnya pada tahun 1881, Perancis berjaya menduduki Tunisia. Pada tahun 1882 Britian menawan Mesir. Kemudiannya Belanda menyerang Indonesia dan Rusia menyerang Asia Tengah. Britain mempeluaskan lagi penaklukannya ke negara India dan Sudan. Sudah nampak dengan jelas bahawa negara2 Barat sedang menghancurkan dunia Islam. Akhirnya, pada hari Selasa 27 April 1909, 240 ahli senat Uthmaniyah bersepakat di bawah tekanan golongan Turki Muda Kebangsaan untuk melucutkan Abdul Hameed dari kekuasaan. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah mengeluarkan Fatwa tentang penghapusan kuasa. Ahli2 senat Uthmaniyah bersetuju dengan Fatwa tersebut.

Berikut adalah terjemahan dari fatwa itu: "Jika imam kaum muslimin mengambil kepentingan isu-isu keagamaan dari buku perundangan dan mengumpul buku-buku tersebut, membazir wang negara dan terikat dengan perjanjian yang bertentangan dengan undang-undang Islam, membunuh, menangkap, mengusir rakyat tanpa alasan, kemudian telah berjanji untuk berhenti melakukannya akan tetapi masih melakukannya lagi untuk merosakkan keadaan kaum muslimin di seluruh dunia Islam, maka pemimpin ini harus dikeluarkan dari pejabatnya. Jika penghapusan kuasanya untuk mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada membiarkan ia terus tinggal di pejabat, lalu ia mempunyai dua pilihan sama ada mengundurkan diri atau dibuang dari pejabat. 

"Syekh Of Islam Mohammad Día 'Aldin Afandi Fatwa yang sangat aneh dan setiap orang dapat melihat bahawa kandungannya tidak melambangkan dengan perbuatan dan tindakan Abdul Hameed.  Setelah itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan tersebut. Ia menolak untuk melakukannya. Jadi, mereka mengirimnya sekumpulan empat orang: Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), As'ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Sebaik saja mereka masuk ke pejabatnya, mereka mendapati Abdul Hameed berdiri dengan tenangnya, Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, lalu As'ad Tobatani maju dan mengatakan "kerajaan telah memindahkan kamu dari pejabat kamu. " Abdul Hameed menjadi marah lalu berkata "kerajaan telah hapuskan saya dari pejabat saya, yang itu saya terima ... tapi mengapa kau membawa Yahudi ke ibupejabat Khilafah? " dan ia menunjuk kepada Qrasow.

Jelas bahawa ini adalah tindakbalas Yahudi apabila Abdul Hameed menolak penjualan Palestin kepada orang Yahudi. Sekarang mereka telah tunjukkan kepadanya bahawa mereka adalah sebahagian daripada rancangan pengusirannya. Ini adalah satu tamparan hebat terhadap Abdul Hameed dan wajah umat Islam. Akhirnya, selepas Abdul Hameed hilang kuasa datanglah beberapa pemimpin Islam yang lemah. Mereka tidak boleh mempertahankan negara dan mereka kehilangan kekuatan dengan mudah. Semasa Sultan Abdul Hameed berkuasa beliau menjangkakan, Perang Dunia I akan berlaku melibatkan kuasa barat dengan negara Uthmaniyah untuk dibahagi-bahagikan kepada negara yang lebih kecil. Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, yang kemudiannya mereka dikhianati dan meletakkan mereka di bawah jajahannya, dan memberikan Islam Palestin kepada orang Yahudi. Turki Muda Kebangsaan mengambil kekuasaan dan Mustafa Kemal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada tahun 1924. Itu adalah berakhirnya sebuah kepemimpinan bersatu bagi Muslim untuk 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.

Dengan itu parlimen Britain ishtihar ‘holy war’ keatas negara2 Uthmaniyah maka tercetuslah perang dunia pertama. Orang2 Arab berpakat dgn Britain untuk belot kepada Uthmaniyah – dalang di sebalik orang2 Arab ialah zionist. Malah Arab telah mengadakan perjanjian dgn zionist sebagai pelan damai untuk membenarkan Arab menubuhkan negara Arab di semenanjung Arab dan Israel menjadikan Palestine sebagai negara mereka. Selepas Abdul Hameed dilucutkan dari jawatannya, ramai penulis mula menyerang peribadinya. Salah seorang dari mereka ini ialah John Haslib, dengan bukunya "Sultan Merah" menjadi terkenal, dan dialih-bahasakan ke banyak bahasa seperti Bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku Turki berjudul "Iki me vrin perde arkasi - yazan: nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian daripada propaganda kebencian terhadap negara Uthmaniyah yang semakin tenggelam. Sebuah lagi buku ditulis oleh orang Arab Kristian yang terkenal Georgy Zaydan dalam bukunya "Cerita Dari Sejarah Islam - Revolusi Uthmaniyah". 

Buku-buku ini tidak lain hanyalah cerita-cerita pembohongan oleh orang-orang yang bencikan Islam dan bencikan muslimin yang sangat mendalam. Buku itu menyajikan bahawa Sultan Abdul Hameed tenggelam di dalam kesenangan hidup seperti bermain perempuan dan ketagih arak, dan pemerintah zalim yang kejam terhadap musuh-musuh politiknya tanpa memberi keampunan dan juga terhadap orang-orangnya. Tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak benar dan suatu hari nanti kebenaran akan muncul. 

Sumber:  http://kisahteladannco.blogspot.com/2012/07/peristiwa-kejatuhan-halifah-uthmaniyah.html

Khamis, 30 Mei 2013

TAK TERKENAL DI BUMI, TERKENAL DI LANGIT

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, bahunya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis. 

Pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul.

Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”.

Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka metertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, kerana hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata :“Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.

Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.

Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi.

Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perawatannya dan tak sangup ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata:“Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.

Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah mendapat kebenarab sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah.
Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, bilakah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW.

Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru. Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit).

Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota.

Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.  Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit.

Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ?“Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawapan itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami!” tetapi lelaki itu tidak menoleh.Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!” Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak?” tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah! ”katanya.“Kami telah melakukannya.”“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!”Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih.

Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”.“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? ”Tanya kami.“Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, ”Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya. “Ya,”jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai.

Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan.

Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal.

Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.

*Gambar tersebut Maqam Uwais al-Qarni, Zabid-Yaman.  seorang pemuda yang tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit.


Ahad, 24 Februari 2013

PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh]



Kuala Lumpur: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif,kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.

"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," 
titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. -HD

Titah Penuh di SINI:

KERINGNYA TASIK GALILEE


Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini. Antara punca-punca kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melencungkan anak-anak sungai yg mengalir ke sungai. Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurang 30 tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan-kawasan lain di Israel, serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.

Akibat dari tindakan rakus ini Tasik Galilee sudah semakin susut dengan teruk yang tidak pernah berlaku dalam sejarah (berlaku di zaman kita, tidak berlaku di zaman ibubapa kita) dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini.


DIMANA TASIK GALILEE?

Kini Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galilea dan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.

Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.

KAITAN DAJJAL DAN TASIK GALILEE

Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.

Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka bertemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumkan sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:

Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”

Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”

Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”

Mereka menjawab “Ya.”

Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”

(Ringkasan daripada Sahih Muslim)

Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu (manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata-mata dan telah dipastikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. didalam hadis tersebut.

Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Di dalam buku “Membongkar Misteri Dajjal” ada menjelaskan tentang fizikal Dajjal:

(1) Beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan (fizikalnya) lebih besar.

(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman (campuran) manusia dan jin, maka kebolehannya untuk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yang akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar (Wallahu a'lam)

KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ

Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.

“Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut”

Dari ringkasan hadis diatas menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama (golongan induk) yang akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian datang pula barisan Yakjuj Makjuj yang seterusnya mengatakan dulu disini ada air.

Ini menunjukkan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yang menghalangnya sudah lama runtuh. Bangsa Yahudi Zionis yang ada di Israel sekarang adalah barisan pertama yang akan mengeringkan Tasik Galilee ini dengan asbab-asbab seperti yang diceritakan di atas.

YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal (NABI ISHAQ). Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran. Misteri ini kian terbongkar.

Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah s.a.w. membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.

(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk.

Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein

MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN

Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama, begitu juga tempat yang bernama Khurasan.

Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi:

“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”

Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan. Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan. Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut:

Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya.”

Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.

Nabi Muhammad s.a.w melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya. Tidakkah kita terfikir, mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan. Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat-dekat dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.

Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul, di situlah segala-galanya berkumpul. telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis-hadis sahih dan ianya benar-benar terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari-nari di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ. Saya lampirkan juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat untui membiarkan kamu sendiri mencari dan menemukan hadis itu. Kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita dapat dengan mudah.

Kitab: KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah

5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.

sumber dari 1khalifah.wordpress.com — bersama