JANGAN TAKUT UNTUK BERKATA BENAR

JANGAN TAKUT UNTUK BERKATA BENAR

Halaman

Khamis, 31 Januari 2013

MAKANAN KEGEMARAN NABI SAW & KHASIAT BUAH LABU KUNING


Adalah Nabi kita Muhammad SAW itu tidak memilih sangat makanan asalkan yang halal, makanan yang beliau minati adalah Dlafaf iaitu makanan asasi di negerinya seperti nasi di negara kita.

Nabi tidak makan makanan yang  PANAS,  beliau bersabda:  "Makanan  yang masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."

Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka (Tembikai/Timun Cina) dan buah anggur. Biasanya Nabi makan  buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang-kandang Nabi SAW makan semangka  dengan Ruthab (Tamar).

Makanan yang paling Nabi gemari adalah daging, beliau bersabda yang bermaksud:  "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya". 

Kadang-kandang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

Adalah Nabi SAW memakan daging burung yg ditangkap oleh orang lain, dan beliau tidak menagkap burung itu dan tidak memburu burung itu sendiri, beliau suka orang lain menangkap dan membawa kepadanya.

KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A.               Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

2. Kulit Halus Berseri.   Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida.    Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam.   Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5. Masalah Paru-Paru.   Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.   Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.

Wallahu'alam.

Rabu, 30 Januari 2013

KEBENARAN DARI RAMALAN RASULULLAH


Berlindung Dari Roket Palestin, Israel Gunakan Pohon. Bukti Ramalan Rasulullah?

Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka pun menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pohon-pohon yang ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka pun menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pohon-pohon yang ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Jalur Gaza berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Jalur Gaza. Dengan itu diharapkan serangan roket para tentera akan menjadi tidak tepat.

"Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau," ujar salah satu pejabat tentera Israel, Brigjen Elkabetz, seperti dikutip Israel National News, Jumaat (25/1/2013).

Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini warga di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama "Pillar of Defence" (Tonggak Pertahanan) November lalu.
Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.

Ramalan Rasulullah

Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim. Teks hadis itu berbunyi: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi "

Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran ramalan Rasulullah? Allahua'lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.

Isnin, 28 Januari 2013

Sebab tu B_END mahukan kelantan !! Terbukti Negeri Kelantan Banyak Hasil Emas Dan Minyak.. !!!



Siapa kata pelabur asing tak melabur di Kelantan? Hari ni The Straits Times Singapore dalam beritanya melaporkan Singapore Listed CNMC dan China National Gold melabur di lombong emas Sokor di Kelantan? Susah nak baca berita2 psl investments kat Kelantan kalau nak harapkan mainstream medias kat Bolehland.



KOTA BHARU: Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu.

Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.



Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri.



“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,”ujarnya.



Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.



Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.



Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang.



Bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri akan berunding dengan syarikat terbabit secepat mungkin disamping mengguna pakai setiap undang-undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak.



Antaranya melalui saman kerajaan negeri kepada Petronas, kerajaan Pusat menyatakan minyak di atas daratan adalah hak sepenuhnya negeri berkenaan bukannya pusat.



Beliau juga turut mengakui, rizab penemuan minyak itu lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di laut.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Pusat dan Petronas yang mendakwa Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kedudukannya melebehi tiga batu nautika dari daratan.



Ini bermakna, katanya apabila penemuan minyak di darat dalam negeri Kelantan, kerajaan Pusat tidak boleh berbuat apa-apa berdasarkan hujah tersebut.



“Adakah kerajaan Pusat boleh menerima dengan dakwaan mereka sendiri dan Kelantan tidak akan membayar pada mereka walaupun satu sen berdasarkan hujah tersebut, sekiranya benar hasil minyak benar-benar terdapat di darat,”ujarnya.



Husam juga turut menyifatkan kenyataan Petronas dan kerajaan sebagai berbahaya apabila mendakwa Kelantan hanya boleh mendapat hasil sekiranya ia dikeluarkan dari bumi negeri itu.  



Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Geting


Rossem,29 Jan 2013
Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.

Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.

“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”


Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.

Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012,  Ali Lizon  hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.


 “Apa Haji Lah Geting  kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.

“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.

Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas  sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.

Sejak  peristiwa itu Ali Lizon  bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.

Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon  faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.

Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman

Ahad, 27 Januari 2013

Penjawat Awam - Anda bekerja dengan UMNO atau dengan Kerajaan..??

MASIH RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK MEMAHAMI


PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji PENJAWAT AWAM dibayar daripada hasil negara.

PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot jika menyokong pembangkang, apatahlagi meminta mereka berhenti.

Pembelot sebenar ialah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dengan rasuah, menyalah guna kuasa dan mengamalkan kronisme.

kalau mcm tu sapa yg sokong pembangkang (umno) di Penang,Kedah,Selangor dan Kelantan sila letak jawatan sebab anda tak sokong kerajaan negeri....

Negara ni negara demokrasi..terpulanglah deme nak sokong parti mana.....yg penting kerja.


http://www.kedahlanie.info/2013/01/penjawat-awam-anda-bekerja-dengan-umno.html

Jadikan kes Wiliam sebagai iktibar- Wan Azizah

KUALA LUMPUR 27 Jan: Masyarakat digesa menjadikan kes kematian adik Wiliam Yau Zhen Zhon sebagai iktibar, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Beliau merujuk tragedi menyayat hati menimpa Wiliam, 6 yang ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Januari lalu selepas seminggu hilang dari rumahnya di Putra Heights, Subang. Dalam kenyataan hari ini, Wan Azizah meminta masyarakat lebih peka dan mengambil sikap bertanggungjawab untuk memastikan tragedi ini tidak berulang. “Sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita. “Masyarakat setempat, ibu bapa dan penjaga haruslah lebih berwaspada dan sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat di mana jua,” katanya dalam perutusan takziah kepada kedua ibu bapa Wiliam. Tambahnya, negara pernah bersedih dengan berita kematian Nurin Jazlin (2007), Sharlini (2008) dan terbaru, kematian ngeri Dirang yang dibakar di Johor baru-baru ini. “Mengenang kepada 3 peristiwa ini, sebak dan sayu pasti menyelubungi kita semua. Sikap prihatin sesama kita adalah tanggungjawab bersama,” katanya. Dalam pada itu, Wan Azizah turut menggesa Polis Diraja Malaysia memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak. “Keganasan rumah tangga, aktiviti pemerdagangan manusia, penculikan dan pembunuhan adalah kegiatan yang perlu diperhatikan oleh pihak keselamatan dengan serius dan tekad untuk membanteras,” katanya. 


Sabtu, 26 Januari 2013

Henti provokasi agama, pelihara kerukunan hidup

Henti provokasi agama, pelihara kerukunan hidup

Dr. AAFIA SIDDIQUI


   HAYATILAH cerita ini......
"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah. 

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

 "Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: http://tausyah.wordpress.com/2012/10/17/dr-aafia-siddiqui-seorang-ilmuwan-muslimah-pakistan-yang-di-perkosa-disiksa-dan-dilecehkan-di-dalam-penjara-beserta-pidato-lauren-booth-bahwa-aafia-kerap-bermimpi-bertemu-dengan-rasulullah-dan-aisya/ )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau. 

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan: http://luv-ima.blogspot.com/2010/07/banduan-650-dr-aafia-siddiqui.html )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah.  Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau.  Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang.  Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini. 

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.
‎"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.  Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah. 

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!”  Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: http://tausyah.wordpress.com/2012/10/17/dr-aafia-siddiqui-seorang-ilmuwan-muslimah-pakistan-yang-di-perkosa-disiksa-dan-dilecehkan-di-dalam-penjara-beserta-pidato-lauren-booth-bahwa-aafia-kerap-bermimpi-bertemu-dengan-rasulullah-dan-aisya/ )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau. 

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan: http://luv-ima.blogspot.com/2010/07/banduan-650-dr-aafia-siddiqui.html )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini. 

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

Jumaat, 25 Januari 2013

‎[HILANGNYA SEBUTIR PERMATA]


Inna LILLAHI wa inna ILAIHI raajiun. Telah hilanglah sebiji Permata Ulama Tanah Serambi Mekah Al Allamah As Sufi Al Wara` Tn Guru As Syeikh Abd Qadir Bin Md Yussof Al Madani (Tn Guru Paksu Haji Musa, Tumpat) pada jam 2.15 pagi ini setelah beberapa minggu berada di wad CCU HUSM Kubang Kerian. Semoga ALLAH Jalla Wa Aala menetapkan beliau bersama para Aulia, Siddiqin, juga Soolihin....... Al Faatihah.


Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan saya percaya bahawa hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.

Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah.

Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.


Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut “tolong doakan ayah.” Tersentuh hati saya apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada Allah untuk dirinya.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza.

Antara kelebihan yang Allah kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau.

Nama beliau cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok.

Semoga Allah SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu.

Antara A'lim Ulamak Yg Pernah Ziarah Beliau.. Syeikh Mahmod MrGlany (Madinah)...Syeikh Rohimuddin Nawawi AL Bantani (Mesir)...Kiyai Syarif Hidayatullah (indonesia)..Syeikh Zainol Asri (Kedah) sahabat lama beliau 20 x jumpa Baba Azhari(Gulau Kedah) Ustaz Ibrahim AL BAnjari (Johor) Tg Baba Hj Abd Aziz (Fathani) dan ramai lagi..

Khamis, 24 Januari 2013

KISAH CINTA SEORANG WANITA TERHADAP RASULULLAH.


Orang-orang Islam telah banyak menghadapi penderitaan dan ramai juga yang telah syahid dalam peperangan Uhud. Apabila berita yang mencemaskan ini sampai ke Madinah, wanita wanita telah keluar dari rumah mereka kerana didorrong oleh perasaan bimbang untuk mengetahuk keadaan sebenar.

Apabila melihat suatu kumpulan yang pulang, seorang wanita Ansar terus bertanya dengan penuh bimbang, "Bagaimana keadaan Rasulullah?" Salah seorang daripada kumpulan itu memberitahu, "Bapamu telah syahid" Beliau lalu membaca 'inalillahi wainalillahirojiun' dan kemudian dengan tidak sabar-sabar terus bertanya tentang ehwal Rasulullah.

Pada ketika itu juga seorang telah meyampaikan berita kesyahidan suaminya, yang lain pula datanng memberitahu tentang kesyahidan anak lelakinya dan yang lain pula dantang memberitahu tentang kesyahidan saudara lelakinya. Mereka semua telah syahid tetapi beliau tetap bertanya "Rasulullah bagaimana?"

Orang ramai memberitahu bahawa Rasulullah sedang dalam perjalanan pulang dalam kedaan selamat. Berita itupun masih belum dapat menengkannya.

Beliau terus berkata "Beritahulah aku di manakah Rasulullah"?

Orang ramai menunjukkan ke satu arah dan berkata, "Baginda ada dalam kumpulan itu".

Beliau berlari-lari pergi hinggalah beliau menyejukkan matanya dengan memandang Nabi Saw sambil berkata "Wahai Rasulullah, segala musibah menjadi ringan dan mudah setelah dapat melihat tuan".

Dalam riwayat lain ada diberitakan bahawa beliau memegang kain Rasulullah dan berkata "Saya sanggup mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan. Saya tidak kisah siapa pun yang meninggal dunia asalkan saya dapati tuan hidup dan selamat".


Rabu, 23 Januari 2013

SELAWAT NABI

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammah SAW...

PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H


Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul

PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini. Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?

Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan. Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya. Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia. Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda.

Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar. Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun. Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata. Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.

Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya. Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.

Sekian,

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H,

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 10 Rabiul Awwal 1434H.

Selasa, 22 Januari 2013

SALAM SEJAHTERA

Assalamualaikum,  

Buat semua ak mengucapkan Salam Perjuangan.  Bukan apa saja gatal tangan ni tiba-tiba terasa nak cuba belajar buat perkara baru, kalau dapat dibuat Alhamdulillah walaupun ianya kurang baik ak rasa tidak mengapa sebab masih dalam percubaan.  Tujuan dan matlamat sebenarnya bukan apa kalau dapat meneruskan perjuangan bersama-sama rakan yang lain dalam usaha menegakkan Agama Islam dan membebaskan Malaysia dari cengkaman pemerintah yang rakus meratah harta negara demi mengisi perut sendiri dan juga kroni-kroni demi meneruskan kuasa bagi memerintah negara.

Tak lupa  ak juga mengambil kesempatan untuk menggucapkan Salam Maulidurasul SAW buat semua sempena menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada tanggal 12 Rabiulawal 1434 bersamaa 24 Jan 2013.

Kepada semua ak mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar.