JANGAN TAKUT UNTUK BERKATA BENAR

JANGAN TAKUT UNTUK BERKATA BENAR

Halaman

Selasa, 12 Februari 2013

PENEMUAN YANG MERISAUKAN VATICAN


Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai 'Gospel Of Barbanas' ini mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad SAW bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat VATICAN (Pusat Agama Kristian Bermahzab Katholik) untuk menelitinya lebih mendalam.

Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang di kenali sebagai GOSPEL OF BARBANAS itu.

Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa A.S iaitu bahasa Aramaic di anggarkan berusia lebih dari 1500 tahun.  Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (di jumpai pada tahun 2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat daripada pihak gereja dan dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan Al Quran bahawa Nabi Isa A.S sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW.  Namun begitu pada tahun 2010 injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudian nya diberi kebenaran untuk di pamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa A.S adalah rasul (pesuruh Allah) dan bukannya anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermahzab Katholik, Anglican dan Orthodox.

Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa A.S tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia bahkan baginda telah diangkat oleh Allah ke langit.  Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran St Paul atau Paul Of Tarsus.

Ramai cendekiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke 5 atau ke 6 dan bukannya di abad pertama seperti yang didakwa oleh para pengkaji-pengkaji Islam.  Namun begitu ramai pengkaji Islam yang mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah di jumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini di anggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki (USD 22 JUTA).

Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa mempertikaikan penemuan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti BENAR ialah firman Allah SWT yang bermaksud :

''ORANG-ORANG (YAHUDI DAN NASRANI ) YANG TELAH KAMI BERI AL KITAB (TAURAT DAN INJIL) MENGENAL MUHAMMAD SEPERTI MEREKA MENGENAL ANAK2 MEREKA SENDIRI DAN SESUNGGUHNYA SEBAHAGIAN DI ANTARA MEREKA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN PADAHAL MEREKA MENGETAHUI.'' 

(SURAH AL BAQARAH : AYAT 146)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan